" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan shalat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu. Yaitu mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. " (QS. al Baqarah : 45-46 )

Syekh Nawawi al Bantani dalam kitabnya Nashaihul Ibad, Nasihat untuk para hamba, mengutip sabda rasulullah, " Sholat seseorang akan menjadi penerang hatinnya. Barang siapa yg ingin hatinnya menjadi terang, maka terangilah hatinnya ddg mendirikan shalat. " (HR. ad Dailami )

Nasihat as-Syahid Hassan al-Banna


Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna

1. Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau
bagaimanapun keadaan saudara.

2. Bacalah al-quran, buatlah kajian,dengarlah ilmu atau berzikirlah.
Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah

3. Berusaha mencapai dalam bahasa arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4. Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau
bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah
bersifat tenang dan serius.

6. Saudara jangan bergurau: kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan

7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh
pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan

8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan
rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian,
kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain
supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

0 komentar:

Posting Komentar



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent